Sepang, Okt-
Kapal Fair Lady dinaiki dua sukarelawan dari Malaysia dilaporkan sudah dikepung rejim Zionis di lokasi tidak dapat dikenal pasti, sebentar tadi.
Perkara itu dikongsi peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF), Zainal Rashid Ahmad, ketika bersiaran langsung bersama Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), pada jam 9.15 pagi waktu tempatan.
Beliau turut memaklumkan sudah menerima arahan daripada kapten kapal untuk melemparkan telefon bimbit ke dalam laut, selari prosedur operasi standard (SOP) misi berkenaan.
“Kami sudah dikepung oleh empat bot. Satu kapal dan tiga bot ini mungkin terjadi moment terakhir. Semua tengok, saya jangka kapal yang ada sudah hampir (dengan Gaza).




















