“Cukuplah, seharusnya kita fokus kepada agenda pembangunan negara.”

Putrajaya, Nov 23.
“Cukuplah, seharusnya kita fokus kepada agenda pembangunan negara.” tegas Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan penubuhan sekolah vernakular dan menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar adalah sah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan ini jelas menunjukkan sekolah vernakular tidak dapat dipertikaikan dan ia jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Bagi saya keputusan ini sangat jelas dan diharap tiada lagi yang mencurigai berkaitan kewujudan sistem pendidikan pelbagai aliran ini.

“Cukuplah membangkitkan isu-isu sebegini, sebaiknya kita fokus dalam soal agenda membangunkan negara itu sebaiknya,” katanya di ruang lobi Istana Kehakiman, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasami berkata pihaknya berharap agar pihak plaintif tidak membuat rayuan berkaitan keputusan ini kerana ia diputuskan di bawah perlembagaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here