Langgar kuda melintas, lelaki maut

Jasin, Okt-
Seorang tukang cuci mati ketika dalam perjalanan ke tempat kerja selepas motosikal yang ditunggang melanggar seekor kuda di Jalan Sempang Bukit Kuda, Merlimau, di sini pagi tadi.

Kemalangan pada pukul 7.10 pagi itu meragut nyawa Rajak Ismail, 59, yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Nor Azlinda Nordin berkata, nahas dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y16ZR dalam perjalanan dari arah Serkam menuju ke tempat kerjanya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin.

Katanya, setibanya di lokasi tersebut, mangsa dipercayai melanggar seekor kuda yang melintas secara tina-tiba. Kematian mangsa disahkan oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Jasin untuk dibedah siasat,” katanya kepada pemberita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here