Chegu Bard kena 2 tuduhan fitnah, hasut rosakkan nama baik Agong

Kuala Lumpur, Apr.

Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua tuduhan memfitnah dan menghasut untuk merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, Badrul Hisham, 45, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah di mana beliau mempunyai sebab untuk percaya bahawa ia akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Kesalahan didakwa dilakukan di Istana Negara, jam 6 petang pada 22 Januari lalu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa kepada hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Chegu Bard juga berdepan tuduhan membuat penerbitan menghasut di Taman Bukit Cheras, di sini, jam 12.15 tengah hari, 6 April lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here