Kuala Lumpur, Feb-
Mahkamah Majistret hari ini mengarahkan seorang penganggur yang didakwa membunuh wanita gelandangan di Sentul, di sini, untuk menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Ulu Kinta, Perak.
Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan mengeluarkan perintah supaya Syed Faizal Syed Alwi, 46, menjalani ujian psikiatri selepas Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa memaklumkan kepada mahkamah bahawa pegawai penyiasat melaporkan tertuduh dipercayai tidak waras.
Syed Faizal didakwa membunuh seorang wanita yang tidak dikenal pasti identitinya di hadapan sebuah premis di Jalan Sentul, dekat sini, antara 6.35 dan 6.36 pagi, 9 Februari lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.




















