1MDB kes mahkamah paling mencuri tumpuan pada 2019

Ini termasuk perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak atas dakwaan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd bermula pada 3 April dan berakhir pada 27 Ogos 2019 dengan pihak pendakwaan menutup kes selepas sebanyak 57 saksi dipanggil memberi keterangan.Pada 11 Nov lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan Najib, 66, untuk membela diri terhadap tiga pertuduhan jenayah pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukannya berkaitan dana 1MDB selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Pada 3 Dis, buat pertama kalinya dalam sejarah negara seorang bekas perdana dihadapkan ke mahkamah atas beberapa pertuduhan.

Memberi keterangan dari kandang saksi sebagai saksi pertama pihak pembelaan, Najib memberitahu kisah di pihaknya untuk menyangkal tujuh pertuduhan berhubung dakwaan menyelewengkan dana SRC.

Prosiding yang ditunggu-tunggu itu menyaksikan Najib, yang mengangkat sumpah dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, membacakan kenyataan saksinya setebal 243 muka surat dan kemudian diperiksa balas oleh Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Perbicaraan kedua Najib membabitkan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan faedah bagi dirinya berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama, yang bermula pada 28 Ogos di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.

Setakat hari ini, sebanyak sembilan saksi telah memberi keterangan, dengan seorang daripada saksi utama iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu mahkamah bahawa dana kekayaan berdaulat negara itu merupakan syarikat strategik bagi Najib.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here