APAKAH MISTERI TERPEROSOK DI KODANADU?

Berkeluasan lebih dari 900 ekar di daerah Nilgiris, harta tanah Kodanadu yang dijadikan tempat percutian oleh bekas ketua menteri Tamil Nadu J Jayalalithaa terperosok dalam misteri.

Dalam kes rompakan di Kodanadu pada tahun 2017, di mana seorang pengawal keselamatan terbunuh, tidak lama selepas salah seorang suspek terbunuh dalam kemalangan jalan raya dan keluarga suspek yang lain terbunuh dan  kini dengan cara yang sangat misteri seorang pekerja harta tanah lain ditemui tergantung dari siling kediamannya.

Sebuah petisyen telah dikeluarkan oleh Tippu, Satheesan dan Santhosh Samy yang didakwa dan ditahan dalam kes pembunuhan dan rompakan di Kodanadu. Dalam petisyen itu menggesa supaya mantan Presiden Edapadi Palanisamy, Sasikala dan Sudhakaran juga perlu disoal siasat dalam kes pembunuhan.

Pengajuan petisyen ini telah menimbulkan kegemparan dalam politik Tamil Nadu. Oleh itu, dipercayai bahawa misteri serta putaran berliku-liku seterusnya juga berlaku dalam kes ini.

Dalam situasi ini, seorang lagi saksi dalam kes pembunuhan dan rompakan Kodanadu Ravi dari Coimbatore telah mengajukan petisyen lain di Mahkamah Tinggi Chennai.

Di dalamnya, Ravi memberi kenyataan bahawa mengenali Kanagaraj yang dituduh dalam kes Kodanadu. Dia bertambah lagi bahawa dia menerima panggilan mengintimidasi dari orang luaran bagi memihak mereka dalam kes berkenaan.

Dengan ini, Edappadi Palanichamy yang tidak mengambil bahagian dalam mesyuarat perhimpunan Agung yang diadaakan baru-baru ini.

Kes yang dilaporkan pada 23 April 2017, tengah malam di ladang Kodanadu seorang pengawal keselamatan yang bernama Om Bahathur telah terbunuh lalu merompak dokumen-dokumen yang sulit dan rahsia mendiang Presiden Jayalalitha dari kediamannya.

Selain daripada itu, Kanagaraj, bekas pemandu kereta Jayalalithaa, yang meninggal dunia dalam kemalangan kereta, dipercayai menjadi suspek utama kes rompakan itu.

Walaupun 11 orang telah dikenalpasti oleh polis sebagai suspek pembunuhan dan rompakan di ladang banglo Kodanadu. Pemandu Jayalalithaa,  Kanagaraj yang meninggal dalam suatu kemalangan di Salem juga merupakan suspek utama.

Abang  Kanagaraj, “ Kematian saudara aku bukan disebabkan oleh kemalangan yang tidak dijangka. Mereka bercadang untuk membunuh saudara saya” kata Thanabal.

Kes pertuduhan telah dibaca di Mahkamah Sesyen Nilgiris sehubungan dengan kes tersebut dan siasatan sedang dilakukan. Dalam kes ini, mantan Ketua Menteri Edappadi Palanichamy, Sasikala, Ilavarasi, Sudhakaran, mantan Suruhanjaya Nilgiris Shankar, mantan Ketua Polis Murali Ramba,Pegawai Eksekutif ADMK Sajeevan, Pengurus ladang Kodanadu Nadarajan, Sunil meminta kebenaran untuk menyiasat tertuduh dalam kes Tippu, Satheesan, Santosh Samy mengemukakan petisyen di Mahkamah Nilgiris.

Siasatan hampir empat tahun dibangkitkan kembali bukan selain ADMK dan mengemukakan hal di badan perundangan. Setakat ini,seramai  41 saksi telah disoal siasat oleh pihak pendakwaan dalam kes pembunuhan dan rompakan misteri yang berlaku di Kodanadu.

Misteri yang berlaku di banglo Kodanadu bukanlah kejadian biasa. Pembunuhan bersiri setelah Jayalalitha atau lebih dikenali Amma menemui ajal dan rompakan telah berlaku.

Semasa pemerintahan Jayalalithaa, sehingga Sekretariat Umum pernah diadakan di banglo Kodanadu. Jayalalithaa pernah berkongsi betapa pentingnya Kodanadu. Apakah yang menjadi begitu penting di Kodanadu, harta, rahsia, dokumen rasmi atau kenangan?

Pengikut di bawah parti ADMK menaruh harapan untuk menyelesai isu berkenaan kes dan dapat mengetahui kesahihan di belakang tirai hitam. Sukarelawan ADMK terus bertanya mengenai siasatan kematian Jayalalithaa. Pengikut mendiang Presiden Jayalalitha mengharapkan suspek dalam kes rompakan dan pembunuhan harus dihukum di sisi undang-undang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here