Influenza: Dua Kelas Di Sebuah Sekolah Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR –

Penularan kes jangkitan influenza di negara ini menyaksikan dua buah kelas Tahun 2 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Li Hwa, Pulau Pinang ditutup selama 12 hari bermula hari ini.

Penutupan itu susulan 19 murid di dua kelas itu dijangkiti influenza.
Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad berkata murid-murid itu telah menunjukkan simptom seperti demam, batuk dan selesema sebelum pemeriksaan di klinik mendapati mereka dijangkiti influenza.

“Berdasarkan maklumat, enam daripada 19 murid itu sedang menerima rawatan di dua buah hospital swasta, manakala yang lain telah mendapatkan pemeriksaan serta rawatan sebagai pesakit luar di klinik kesihatan serta swasta. Semua mereka dalam keadaan stabil.

“Pemeriksaan oleh pasukan perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) ke atas 72 lagi murid di Kelas 2 Taat dan 2 Damai itu semalam mendapati mereka tidak mengalami simptom influenza, namun mereka turut diberi cuti sehingga 19 Jan ini. Dua kelas itu akan dibuka semula pada 20 Jan,” katanya .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here