Semua tidak kebal undang-undang termasuk anak saya – Saifuddin

Sepang, Jan-
“Saya berpegang kita semua tidak kebal undang-undang termasuk anak saya sendiri, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata demikian berikutan dakwaan kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anaknya seperti yang tular di laman media sosial.

Menurut Saifuddin, anaknya tidak mengatasi undang-undang, sekiranya ada laporan terhadapnya pihak polis bertanggungjawab untuk menyiasat dengan telus dan seadilnya.”Biarlah ia mengikut proses.

Sekiranya siasatan itu mendapati ada asas biar proses undang-undang mengambil tempat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sesi Tinjauan Gate Kod QR Myborderpass dan Sistem Smart Q di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini pada Sabtu.

.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here