Kementerian Pengajian Tinggi Mungkin Wujud Semula – Tun M

HULU SELANGOR –
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan mengambil kira pandangan kemungkinan memecahkan Kementerian Pendidikan dengan mewujudkan Kementerian Pengajian Tinggi.

Beliau berkata untuk  memisahkan Kementerian Pendidikan kepada dua, dia haruslah mempertimbangakn banyak perkara termasuklah mewujudkan Kementerian Pendidikan.

Perdana Menteri berkata, beliau akan masuk Kementerian Pendidikan secepat mungkin kerana ada beberapa masalah belum selesai.

Perdana Menteri yang memangku jawatan Menteri Pendidikan menjelaskan, tindakan itu perlu dilakukan segera bagi mencari jalan penyelesaian terhadap beberapa masalah yang timbul.

“Saya kena kaji segala masalah terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

“Kementerian Pendidikan ada banyak masalah, saya perlu kenal pasti dahulu apa masalahnya dan cari jalan penyelesaian,” katanya pada sidang media selepas melawat Depot Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA), syarikat bertanggungjawab terhadap projek Rehabilitasi Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDTR) di Serendah, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here