Nenas Cobek

TUMPAT –
Variasi “nanas cobek” yang begitu rapuh sehingga boleh dikupas dengan tangan mampu memberikan hasil lumayan kepada penanamnya walaupun ia baharu memasuki pasaran negara ini.

Penanam tunggal nanas itu di Kelantan, Mohd Ali Daim Ibrahim berkata nanas cobek yang sudah menunjukkan kejayaan di luar negara adalah variasi terbaik dengan harga pasaran lebih tinggi berbanding nanas lain iaitu RM10 sekilogram.”Nanas ini saya dapat daripada pembekal beberapa negara termasuk negara jiran yang dikenali sebagai ‘Siam Gold’ dan saya jangka dapat menuai hasil pertama dalam skala besar pada awal tahun hadapan berdasarkan tempoh matang.

“Sebelum ini saya menanam hanya untuk percubaan dan ternyata ia mampu memberikan nilai tambah kepada saya selepas menanam variasi MD2 sejak lebih dua tahun,” katanya kepada pemberita di ladangnya di Pulau Kerbau di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here