NEW DELHI –
Penari dan koreografer tarian klasik India terkenal dari Malaysia Datuk Ramli Ibrahim bersama kumpulan artisnya dari yayasan yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu buat pertama kali mempamerkan tarian Odissi di Ganjam, selatan India.”Jelas ia adalah prestasi terbaik kami semasa persembahan di Ganjam, Chennai. Kami menerima penonton yang hebat,” katanya .
Persembahan di Puducherry juga mendapat sambutan hebat, katanya.
Jelajah itu bermula pada 27 Dis di New Delhi dan berakhir 6 Jan di Puducherry.