MRT 2 Siap 70 Peratus, Mula Beroperasi Pada 2023 – Lim

PUTRAJAYA –
Pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) atau MRT 2 telah siap sebanyak 70 peratus dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada 2023.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata MRT 2 yang dijangka siap pada 2022 itu turut membabitkan penjimatan kos sebanyak RM8.82 bilion kepada RM30.53 bilion daripada kos asal pembinaan yang mencecah RM39.35 bilion.

 

“Tarikh mula operasi bagi fasa pertama MRT 2 iaitu antara stesen Kwasa Damansara dan Kampung Baru kekal sama pada Julai 2021 manakala untuk fasa kedua antara Kampung Batu dan Putrajaya Sentral adalah Januari 2023,” katanya.

Lim berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tambahan membabitkan perjanjian rakan pelaksana projek bagi MRT laluan SSP antara Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Abdul Yazid Kassim dan Pengarah MMC-Gamuda KVMRT Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here