Ops Bersepadu Jalan Raya: Hampir 10,000 Penguatkuasa Bertugas

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata ops selama 15 hari yang bertemakan ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat’, itu diadakan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik kepada pengguna jalan raya.

“Sebanyak 6,040 daripada PDRM, 1,800 daripada JPJ dan 150 daripada JKJR serta jabatan lain bertugas. Malah kita mendapat bantuan sebanyak 5,000 petugas daripada pihak Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

“PLUS juga akan melaksanakan pemantauan trafik menggunakan dron di lokasi-lokasi strategik di lebuh raya pada waktu puncak,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran ops berkenaan di kawasan Rehat dan Rawat Tapah arah utara di sini.

Ops bersepadu ini turut membabitkan penglibatan Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Kecemasan dan Trauma di bawah Kementerian Kesihatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here