Sekolah Tamil Pupuk Perpaduan Menerusi Sambutan Ponggal

GEORGE TOWN –

Sejumlah 30 pelajar dan 30 guru dari tiga sekolah rendah hari ini menyertai murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Sungai, di sini untuk menimba bersama pengalaman dalam menyambut pesta Ponggal.

Dalam edisi ketiga acara Muhibbah Ponggal, wakil-wakil dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sum Sun, SJKC Moh Ghee Pusat dan SJKC Moh Ghee Cawangan mengambil kesempatan ini untuk belajar dara memasak nasi manis, mewarna periuk tanah liat, belajar seni melukis ‘kolam’, dan juga menaiki ‘kereta lembu’.

Guru besar SJKT Jalan Sungai K. Anjalay Devi berkata acara itu dianjurkan bersama dengan Persatuan Penang Hindu Association (PHA), Lembaga pentadbir Sekolah, serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru di bawah program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) bagi menyemai dan mendidik para pelajar menerusi aktiviti-aktiviti khas.

Beliau berkata para pelajar, terutama yang tidak biasa dengan tradisi serta budaya India kaum India digalakkan menimba pengalaman serta membiasakan diri dengan dengannya sejak dari usia muda, bukan sahaja bagi tujuan memupuk persefahaman semata-mata, tapi juga membina hubungan serta perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here