PROTON MENERUSKAN PERTUMBUHAN JUALAN PADA BULAN SEPTEMBER

– Jumlah jualan YTD sehingga September dicatatkan sebanyak 116,832 unit
– Pertumbuhan jualan PROTON untuk 2023 kekal mendahului TIV pada 14.1%

Subang Jaya:

Jualan untuk jenama kereta nasional PROTON meneruskan trajektori menaik pada tahun 2023 dengan tambahan 12,230 unit (domestik + eksport) dijual pada bulan September. Ini menjadikan jumlah jualan bagi tiga suku pertama tahun ini 116,832 unit, peningkatan sebanyak 14.1% berbanding tahun 2022, dan ini menetapkan asas untuk dorongan bagi suku keempat supaya melepasi jumlah 12 bulan tahun lepas iaitu
141,432 unit.

Berbanding bulan Ogos, jualan pada bulan September merosot sebanyak 1,725 unit manakala jumlah volum industri (TIV) turut menyusut ke bawah ambang 70,000 unit. Pertumbuhan jualan PROTON bagaimanapun masih kekal mendahului jumlah pertumbuhan industri sebanyak lebih 3.7% manakala pegangan pasaran juga kekal mendahului angka tahun 2022 dan kini berada pada 20.5% atau 0.7% lebih daripada tahun sebelumnya.

Permintaan kukuh untuk model PIES memperkasakan pertumbuhan jualan Menuju ke suku akhir tahun 2023, empat model Proton terus menerajui segmen masing-masing. Proton Persona  mengakhiri bulan September sebagai sedan segmen B kedua paling popular dengan 2,053 unit terjual tetapi ia kekal sebagai peneraju pasaran YTD dengan jumlah jualan sebanyak 18,614 unit, 72.6% lebih daripada tahun lepas, dan membuktikan gabungan ketersambungan, keselamatan, fungsi, dan reka bentuk premiumnya menarik perhatian pembeli yang mahukan sedan keluarga yang boleh dipercayai.

Model terbaharu syarikat, Proton X90, juga terbukti menarik perhatian pembeli yang mencari SUV keluarga   premium yang menggunakan teknologi hibrid ringan. Kemas kini perkhidmatan telah dikeluarkan baru-baru ini untuk model ini dan oleh itu, semua unit di barisan pengeluaran dan di tangan pelanggan sedang dalam proses dikemas kini. Ini menyebabkan sedikit kelewatan dalam pengeluaran dan 491 unit telah diserahkan pada bulan September, tetapi keadaan dijangka kembali normal pada bulan ini. Dengan 3,435 unit terjual setakat ini, X90
kekal sebagai peneraju jualan dalam pasaran SUV segmen D.

Dua lagi peneraju segmen daripada Proton ialah Proton X50 dan Proton Exora. Yang pertama mencatatkan 2,210  jualan pada bulan September dan sementara ia menyerahkan cengkamannya sebagai SUV paling popular di negara ini kepada saingan yang lebih murah, ia kekal sebagai SUV segmen B terlaris. Bagi Proton Exora, MPV itu kekal sebagai peneraju yang tidak dipertikaikan dalam segmennya dan ketika ia menghampiri penghujung pengeluarannya, 367 unit telah dijual pada bulan September untuk meningkatkan jumlah jualannya kepada 3,517 unit tahun ini.

Bagi model Proton yang tinggal, Proton Saga mengekalkan kedudukannya sebagai sedan segmen A kedua  terlaris dan kenderaan kedua paling popular di Malaysia. Dengan 5,648 unit terjual pada bulan September, angka YTDnya kini berjumlah 51,484 unit, bersamaan peningkatan sebanyak 26.8% berbanding tahun sebelumnya. Proton Iriz pula menyaksikan peningkatan yang lebih besar. Dengan 682 unit terjual, jumlah YTDnya kini 6,044 unit, iaitu peningkatan sebanyak 44.8%. Akhirnya, Proton X70 kembali ke tempat kedua keseluruhan dalam kelas sedan segmen C dengan jumlah jualan sebanyak 779 unit untuk bulan tersebut dan 8,778 unit secara kumulatif.

“September merupakan bulan yang tenang bagi industri automotif, yang membawa kepada penurunan dalam jualan berbanding bulan Ogos. Ramai pembeli juga mengambil langkah untuk menunggu dan lihat dengan  menjangkakan pembentangan belanjawan negara 2024 pada 13 Oktober dan ini membawa kepada beberapa kesan jangka masa pendek. Suasana keseluruhan pasaran bagaimanapun kekal rancak dengan pengenalan baharu diteruskan pada kadar yang mencatatkan rekod.

“Bagi PROTON, jualan kami kekal kukuh kerana hasil gabungan teknologi dan nilai yang ditawarkan oleh model kami. Sebagai contoh, Proton X50 telah menjadi SUV segmen B terlaris selama hampir tiga tahun penuh dan dengan pengeluaran kini memenuhi permintaan, kami dapat menyerahkan unit kepada pelanggan dengan masa menunggu yang minimum. Contoh lain ialah Proton Persona, yang sedang mengalami pemulihan jualan bagi tahun 2023 dan berada di tangga atas pasaran sedan segmen B. Pencapaian sedemikian akan memberikan syarikat garis dasar yang kukuh menjelang tahun 2024 dan dengan kemas kini dan pengenalan model baharu dalam perancangan, kami berharap dapat meneruskan pendakian kami untuk menjadi antara jenama automotif terkemuka di rantau ini,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here