Selangor Masih Mendahului Dalam Bilangan Kes Influenza

KUALA LUMPUR –

Selangor terus mencatatkan bilangan tertinggi pelajar sekolah dijangkiti influenza dengan sejumlah 863 kes sehingga kini.

Pengarah Pendidikan Negeri Selangor Dr Mahanom Mat Sam mengesahkan sebanyak 863 kes jangkitan Influenza A dan H1N1 direkodkan di 278 sekolah membabitkan 10 lokasi setakat hari ini.

Beliau berkata daerah yang mencatatkan kes tertinggi adalah Petaling Perdana dengan 231 kes diikuti Klang (154), Petaling Utama (113) dan Sepang iaitu 102 kes.

“Gombak pula merekodkan 88 kes, Hulu Langat (85 kes), Kuala Langat (27 kes), Hulu Selangor (20 kes), Sabak Bernam (sembilan kes) dan Kuala Selangor (lapan kes).

“Kesemua mereka yang terlibat dilaporkan telah menerima rawatan di klinik dan hospital berhampiran dan pelajar dilaporkan stabil. Mereka yang menerima rawatan di wad dan dipantau hospital juga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selain diberi cuti rehat dalam tempoh tiga hingga tujuh hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tiada kelas mahupun sekolah di seluruh Selangor ditutup.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here