PM akan promosi EV Perodua

Rawang, Nov-
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempromosikan model kenderaan elektrik (EV) Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) ketika menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Afrika Selatan pada minggu depan.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau akan mengambil peluang untuk mempromosikan EV keluaran Perodua itu ketika lawatan kerja ke negara berkenaan.

“Saya akan menjadi pegawai pemasaran Perodua yang utama, mempromosikan EV tersebut ke Afrika Selatan,” katanya secara berseloroh ketika berucap pada program lawatan dan ramah mesra bersama warga kerja Perodua, di sini, hari ini.

Semasa rangka lawatan itu Anwar turut dijadualkan membuat kunjungan rasmi ke Ethiopia dan Kenya.

“Pasaran tempatan akan menjadi keutamaan bagi EV ini, namun pada masa yang sama kita mahu tembusi pasaran luar negara,” kata beli

Anwar berkata, Brazil dijangka memberikan akses mudah kepada kemasukan produk keluaran Malaysia termasuk kenderaan EV Perodua ke negara itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here