Perlis negeri paling selamat di jalan raya

KANGAR –

Perlis diiktiraf negeri paling selamat di jalan raya di Malaysia dengan kadar kemalangan 0.3 peratus, jauh lebih rendah berbanding negeri-negeri lain sehingga penghujung 2019.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata tahun lepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menobatkan Perlis sebagai negeri paling rendah kadar kemalangan dan beliau berharap pencapaian itu akan terus dikekalkan pada tahun-tahun akan datang.

“Perbandingan dibuat bukan berdasarkan saiz negeri yang kecil tetapi dinilai berdasarkan jumlah penduduk. Ini menunjukkan tahap kepekaan rakyat Perlis dalam mengutamakan aspek keselamatan di jalan raya adalah tinggi berbanding negeri-negeri lain,” katanya kepada media pada pelancaran Op Selamat sempena perayaan Tahun Baharu Cina di hadapan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here