7 kumpulan dikecualikan memohon My Travel Pass

Pasangan yang berada di luar negara antara kumpulan yang dikecualikan daripada memohon kelulusan My Travel Pass (MTP), kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Khairul Dzaimee Daud. Dalam kenyataannya hari ini, Dzaimee berkata, bagi pasangan luar negara, syarat itu bagaimanapun tertakluk kepada perkahwinan yang didaftarkan di luar negara sahaja.

Selain itu katanya, pengecualian juga diberikan kepada pelajar yang baharu mendapat tawaran belajar di universiti luar negara bersama dua orang pengiring, termasuk pelajar lama yang menyambung pelajaran di luar negara juga bersama dua orang pengiring. Pelajar menduduki peperiksaan di luar negara bersama dua orang pengiring, dan urusan kecemasan seperti kematian dan sakit kritikal, juga dikecualikan memohon MTP.

Pengecualian turut membabitkan penyertaan dalam acara sukan, seminar dan mesyuarat, dan menyertai misi bantuan kemanusiaan, katanya. Khairul berkata, pihaknya ingin menjelaskan bahawa diplomat Malaysia dan diplomat asing kekal tidak perlu memohon MTP seperti ketetapan sedia ada. Katanya, semua dokumen berkaitan tujuan perjalanan hendaklah ditunjukkan kepada pegawai Imigresen yang bertugas di kaunter-kaunter di mana-mana pintu masuk negara. Semua kumpulan yang dikecualikan itu hanya terpakai kepada warganegara sahaja, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here