Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kadar khas kompaun trafik serendah RM15 bermula 1 Feb hingga 3 Mac sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Pengarah Jabatan Perancang Korporat DBKL Khairul Azmir Ahmad berkata kadar khas kompaun itu ditetapkan bagi motosikal, kereta dan kenderan berat seperti lori, bas dan lain-lain.
“Tawaran kadar kompaun khas kepada warga kota ini adalah untuk membolehkan mereka membuat penyelesaian terhadap notis kompaun yang masih tidak dijelaskan bagi mengelakkan tindakan senarai hitam diambil terhadap mereka.
“Tawaran itu adalah tertakluk kepada kesalahan lalu lintas sahaja dan tidak termasuk kesalahan yang telah dibawa ke mahkamah yang dalam tindakan undang-undang atau telah disebut di mahkamah serta kes senarai hitam yang mempunyai waran tangkap,” katanya dalam kenyataan, hari ini.