Penjaga stor mengaku tidak bersalah beri sokongan kepada LTTE

KUALA LUMPUR –

Seorang penjaga stor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE, Januari tahun lepas.

S. Thanagaraj, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Lelaki itu didakwa memberi sokongan kepada LTTE dengan cara menggunakan Facebook atas nama ‘Tamilarasan Sivam’ di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8(M) Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman di sini, pada 10 pagi 11 Jan 2019.

Mahkamah menetapkan 21, 22, 23, 28 dan 29 Sept ini untuk perbicaraan kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Shahruddin manakala tertuduh diwakili peguam R. T. Rajasekaran.

Mahkamah juga menetapkan 28 Feb untuk sebutan kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P. Gunasekaren.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here