Keunikan Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR –

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan diraikan pada 1 Feb setiap tahun, namun tahukah anda mengapa Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya digelar Wilayah Persekutuan

Wilayah Persekutuan ditubuhkan pada 1 Feb 1974 apabila Kuala Lumpur yang dahulunya, sebahagian daripada Selangor diserahkan oleh Sultan Selangor ketika itu, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kepada kerajaan Persekutuan untuk dijadikan ibu negara dan ditadbir secara langsung.

Labuan pula diangkat menjadi Wilayah Persekutuan kedua pada 1984 diikuti Putrajaya pada 2001.

Ketiga-tiga wilayah ini dikawal selia Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan setiap wilayah ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi Kuala Lumpur, Perbadanan Labuan (Labuan) dan Perbadanan Putrajaya (Putrajaya).

Di bawah seliaan KWP, pelbagai pembangunan dan kemodenan melibatkan infrustruktur dan prasarana dapat dinikmati warga Wilayah Persekutuan.

Profesor Dr Zaid Ahmad dari Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata masih ramai yang tidak faham tentang kepentingan ketiga-tiga wilayah ini diangkat sebagai Wilayah Persekutuan.

Zaid berkata penyatuan tiga wilayah itu juga dilihat penting dalam merangsang perpaduan dan pertumbuhan ekonomi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here