Kalau duit masuk poket Rasuah, kata Dr Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan perbuatan rasuah berlaku apabila duit yang diterima itu masuk ke dalam poket sendiri.

Beliau berkata kerajaan ada meminta ‘offset’ apabila membuat pembelian seperti kapal terbang dan berpendapat wang yang diterima untuk tujuan ‘offset’, bukan rasuah.

“Sama ada kita menganggap ‘offset’ itu rasuah atau tidak, ia terpulang kepada anda.

“Bagi saya, kalau kita dapat sesuatu kerana kita membeli sesuatu dengan harga yang tinggi, kenapa kita tak boleh terima.

“Kalau duit yang kita dapat itu masuk poket kita, itu rasuah. Itu pandangan saya,” katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai laporan dakwaan rasuah melibatkan AirAsia dan Airbus hari ini.

Menurut laporan, pejabat Serious Fraud Office (SFO) di United Kingdom mendakwa Airbus memberi rasuah AS$50 juta kepada eksekutif yang dikaitkan dengan AirAsia dan AirAsia X bagi mendapatkan pesanan kapal terbang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here