KUALA TERENGGANU –
Kreatif, unik dan sangat bermakna Itu reaksi spontan kebanyakan pengunjung yang melihat mural potret wajah tujuh perdana menteri Malaysia yang terpapar di bangunan Dewan Tunku Abdul Rahman di pusat bandaraya Kuala Terengganu di sini.
Ia adalah sebahagian daripada projek Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ( MBKT) yang menelan kos RM30,000 untuk mengindahkan dan menceriakan bangunan tertua di bandar raya itu agar lebih ‘segar’ dan menjadi daya tarikan pelancong ke bandar raya warisan pesisir air itu.
Mural itu berukuran 250 kaki persegi Mural wajah tujuh perdana menteri itu dipercayai adalah yang pertama di Malaysia. Ia adalah projek ketiga Red Rebel yang tular dan mendapat perhatian netizen selain lukisan Jalur Gemilang dan bendera Terengganu gergasi di atas bumbung Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) bersempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun lepas.