‘COVID-19’ nama rasmi bagi novel coronavirus 2019 – WHO

KUALA LUMPUR –
COVID-19, yang bermaksud Penyakit Virus Korona’ adalah nama rasmi bagi novel koronavirus 2019, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang menjelaskan bahawaco bermaksud ‘korona’, vi (virus) dan d (penyakit), dalam taklimat media harian mengenai virus itu, di Geneva, Switzerland pada Selasa (waktu tempatan).

“Kami kini mempunyai nama bagi penyakit #2019nCoV : COVID-19,” katanya dalam siaran video di laman Twitter rasmi WHO.

Setakat ini, virus baharu itu yang pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember tahun lepas, telah membabitkan 42,708 kes positif COVID-19, dengan kematian mencecah 1,017 mangsa di republik itu.

Terdapat 393 kes dilaporkan di 24 negara termasuk 18 kes di Malaysia manakala satu kematian dilaporkan di Filipina.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here