ALOR SETAR –
Polis Daerah Kuala Muda menafikan dakwaan berlaku pergaduhan melibatkan satu kematian semasa sambutan Thaipusam di daerah itu Sabtu lepas, seperti yang tular di media sosial semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Shamsudin Mamat berkata pihaknya mengesan hantaran artikel di laman Twitter milik ‘Tehpanas’ berbunyi “Sembahyang Thaipusam di Sungai Petani gaduh, budak kena pukul mati on the spot” pada 11 pagi semalam.
“Selepas semakan dibuat didapati tiada kes pergaduhan melibatkan kematian semasa upacara sembahyang Thaipusam pada tahun ini, sebaliknya hanya ada satu kes pergaduhan (biasa) dilaporkan dan mangsa terlibat hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.