Bayi sembilan bulan maut tertinggal dalam kereta

Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut, dipercayai selepas bapanya terlupa mangsa berada dalam kereta semasa keluar bekerja di Kompleks Tun Abdul Razak di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa ditemukan bapanya yang berusia 38 tahun dalam keadaan terbaring di kerusi bayi di tempat duduk belakang kereta semasa hendak keluar makan tengah hari.

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik (semuanya perempuan), iaitu berusia enam dan 10 tahun dipercayai telah berada dalam kereta jenis Perodua Alza dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati bapa mangsa seharusnya menghantarnya ke sebuah taska di Indera Mahkota 15 selepas menghantar isterinya ke tempat kerja berhampiran, namun terlupa untuk berbuat demikian.

Sebaik sahaja melihat mangsa dalam keadaan lemah, bapa mangsa telah membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota, namun doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Ibu bapa mangsa merupakan penjawat awam dan bekerja di Indera Mahkota.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here