KUALA LUMPUR –
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memohon supaya kes saman fitnah yang difailkan dua menteri terhadapnya berhubung dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) dibicarakan bersama.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin dan Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim memfailkan saman itu secara berasingan pada 2017 selepas mendakwa Jamal mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap mereka berhubung penyalahgunaan dana Yawas.
Kes saman Yeo didengar di hadapan Hakim Rozana manakala kes saman difailkan Kok didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Quay Chew Soon.