KKM nafi lima kes positif Covid-19 di hospital Klang

KUALA LUMPUR –

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan terdapat lima kes positif Covid-19 di Hospital Klang, Selangor, berikutan satu video yang tular di media sosial semalam.

KKM melalui laman Facebook rasminya memaklumkan video berkenaan merupakan prosedur operasi standard (SOP), dalam menjalankan operasi mengesan kontak rapat.

Semalam tular video berdurasi lima saat di media sosial yang mendakwa terdapat lima kes positif  Covid-19 di Hospital Klang.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here