Polis akan terima 200 MPV baharu tahun ini – Muhyiddin

KUALA LUMPUR –
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima 200 kereta peronda polis (MPV) tahun ini bagi memastikan logistiknya mengikuti era pemodenan dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kereta peronda baharu itu akan menggantikan aset yang tidak mencukupi dan usang yang telah digunakan bertahun lamanya.“Kebanyakan aset seperti MPV, ia sudah usang dan selepas beberapa tahun, ia perlu ditukar. Kira-kira 200 MPV telah diluluskan dan akan diberi kepada polis, sudah tentu ia satu langkah baik dan polis memerlukan lebih banyak dana untuk menggantikan kesemua aset,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here