Anak kapal World Dream disahkan negatif COVID-19

Kesemua 100 anak kapal persiaran World Dream yang berlabuh dengan status kuarantin di Tanjung Pengelih, Johor disahkan negatif COVID-19 hari ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata semua anak kapal warganegara Malaysia itu telah disaring kesihatan pada 22 Feb lalu sebelum dibawa ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan (IKWAS), Kluang, Johor untuk tujuan persampelan dan survelan bagi ujian pengesahan COVID-19.

“Hasil pemeriksaan kesihatan yang dijalankan, kesemua 100 anak kapal ini tidak mempunyai gejala dan keputusan ujian pengesahan COVID-19 yang diterima pada 23 Feb adalah negatif.

“Mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dengan diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah masing-masing selama 14 hari dari tarikh mereka memasuki Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here