Tiada kes baru COVID-19 di Malaysia, 5 masih dirawat

Tiada kes baharu COVID-19 dikesan menjadikan jumlah kes itu kekal 22 setakat hari ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata daripada jumlah itu lima kes masih dirawat, manakala 17 lagi telah dibenarkan pulang.

“Daripada lima kes yang masih dirawat itu, tiga orang di Hospital Kuala Lumpur (HKL), seorang di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah dan seorang di Hospital Sungai Buloh,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Peringkat Tinggi berhubung kluster penyakit COVID-19, di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here