Putrajaya, Julai-
Mohd Hishamudin Md Yunus dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa Rabu lepas.
Ketua Setiausaha Negara Zuki Ali berkata pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Subseksyen 5(2) Akta Suhakam.
Hishamudin, 75, menggantikan Prof Rahmat Mohamad, 64, yang meletak jawatan secara sukarela berkuat kuasa 31 Ogos lepas.
Rahmat menjawat jawatan berkenaan bermula 22 Jun 2022.