Anwar tiba di Bangunan Perdana Putra, mula tugas rasmi Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bangunan Perdana Putra, di sini bagi memulakan tugasnya secara rasmi di Pejabat Perdana Menteri. Beliau tiba di sini jam 9.52 pagi dengan menaiki kenderaan jenis BMW hitam diiringi beberapa kenderaan pengiring polis. Ketibaan Anwar disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Difahamkan, Anwar dijadualkan memulakan tugasnya pagi ini dan mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya. Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun sempat menurunkan tingkap kenderaan dan melambai ke arah sekumpulan pengamal media di pintu masuk ke bangunan berkenaan. Lebih 50 pengamal media termasuk wartawan, jurugambar dan juruvideo pelbagai agensi dan portal media cetak dan elektronik sudah menunggu seawal jam 7 pagi bagi merakam detik sejarah itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here