KKM terima 2.5 juta vaksin polio tambahan daripada WHO

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima 2.5 juta dos vaksin polio oral monovalen jenis 2 (mOPV2) daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai vaksin tambahan untuk kawalan wabak polio di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bekalan vaksin yang dikendalikan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) itu, untuk diberikan kepada lebih satu juta kanak-kanak di bawah umur 13 tahun di Sabah.

“Vaksin mOPV2 yang dibekalkan oleh UNICEF adalah vaksin tambahan yang perlu diberikan di samping vaksin bOPV (vaksin polio oral bivalen) yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memastikan perlindungan virus polio adalah lengkap.

“Kedua-dua jenis vaksin ini (iaitu mOPV dan bOPV) akan memberi perlindungan kepada kanak-kanak serta menghalang penularan virus polio kepada kanak-kanak lain. Semua kanak-kanak yang berumur di bawah 13 tahun akan diberikan kedua-dua jenis vaksin OPV ini tanpa mengira status imunisasi,” katanya dalam satu kenyataan di laman rasmi KKM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here