Tiga kes baru Covid-19 dalam masa 24 jam Di Malaysia

Malaysia mencatatkan tiga kes Covid-19 baru dalam tempoh 24 jam, setelah tidak ada kes baru dilaporkan lebih seminggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah, berkata seorang wanita warga Malaysia yang berusia 53 tahun menjadi mangsa ke-23 Covid-19 di Malaysia.

Wanita itu sebelum ini berkunjung ke Jepun dan mengalami demam sebaik tiba di Malaysia pada 23 Februari dan kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Dia disahkan positif  Covid-19 pada 27 Februari.

Noor Hisham mengumumkan dua lagi kes pada petang ini, satu melibatkan seorang warganegara Jepun berusia 41 tahun (pesakit ke-24) yang bekerja di Malaysia dan seorang lagi adalah warga Itali berusia 54 tahun (pesakit ke-25) yang berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia.

Covid-19 lazimnya mengambil masa sehingga dua minggu sebelum menunjukkan tanda-tandanya yang jelas. Indonesia menegaskan bahawa negara itu tidak mempunyai sebarang kes Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here