Polis tahan ahli PKR

PETALING JAYA –

Polis menahan seorang ahli PKR bagi membantu siasatan berhubung serangan terhadap Naib Presiden parti Tian Chua di hadapan ibu pejabat PKR petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ASP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di ibu pejabat PKR sejurus pihaknya menerima laporan daripada pegawai bertugas.

“Kita tahan dahulu, kita juga tunggu Tian Chua buat laporan. Setakat ini, beliau masih belum buat (laporan). Kita akan hubungi beliau untuk mendapatkan keterangan,” katanya kepada wartawan di sini.

Terdahulu, kekecohan berlaku di ibu pejabat PKR apabila Tian Chua dilabel ‘pengkhianat’ dan diserang sekumpulan penyokong parti.

Tian Chua dilempar dengan kata-kata kesat seperti ‘anjing’ dan ‘pengkhianat’ selain dibaling dengan botol air dan ditampar ketika hendak memasuki kenderaannya.

Video insiden itu turut tular dalam media sosial dan mendapat liputan meluas pelbagai media.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here