KUALA LUMPUR –
UDA dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan itu diambil selepas seorang daripada Ahli Lembaga Pengarahnya disahkan positif COVID-19 seperti yang dimaklumkan dalam kenyataan rasmi syarikat itu semalam.
“Berikutan kes itu juga UDA telah mengambil langkah proaktif dengan melakukan pembersihan serta kerja-kerja nyah kuman di kawasan pejabat berkenaan, dan semua kakitangan di ibu pejabat telah dibenarkan pulang awal petang semalam bagi memudahkan kerja pembersihan itu,” kata kenyataan itu.
“Pihak pengurusan juga memberikan penutup muka dan hidung (mask) serta pembasmi kuman tangan kepada pelawat dan kakitangan sebagai langkah berjaga-jaga.