Suri rumah rugi RM65,000 Ditipu Macau Scam

KUANTAN –

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 53 tahun mendakwa menerima panggilan telefon sekitar awal bulan ini, daripada lelaki kononnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

“Mangsa mendakwa dimaklumkan mengenai perintah mahkamah untuk membekukan asetnya kerana mempunyai kes dan mempunyai masa selama dua jam untuk menyelesaikan masalah itu segera.

“Kerana takut dipenjarakan, mangsa telah menuruti semua arahan untuk memindahkan wangnya ke akaun diberikan suspek dan diarahkan untuk tidak memberitahu kepada orang lain,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata mangsa hanya menyedari ditipu semalam, selepas bercakap mengenainya dengan ahli keluarganya dan terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada sebelah petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here