Adik lemas di kolam renang – Abang tiri ditahan

Kajang, Sep 25.
Polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun pada Ahad lalu bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak yang juga adik tiri kepada pemuda itu yang lemas dalam kolam renang di sebuah apartmen di Bangi pada 13 September lalu.

Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian lemas membabitkan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun menunjukkan abang tiri mangsa berada di situ dan hanya melihat kejadian berkenaan tanpa membantu menyelamatkannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata penahanan abang tiri mangsa itu dibuat hasil penelitian berdasarkan rakaman CCTV di lokasi kejadian yang baru dapat diakses pihaknya. Suspek dilihat leka melakukan sesuatu sambil melihat saja mangsa yang sedang lemas di kolam renang tanpa bertindak melakukan sesuatu untuk menyelamatkannya,katanya dalam kenyataan.

Mohd Zaid berkata, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 tengah hari 14 September selepas mendapatkan rawatan dan kes pada awalnya diklasifikasikan sebagai Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 tengah hari 14 September selepas kematian mengejut, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here