Penganjuran SUKMA 2020 diputuskan minggu hadapan

Keputusan sama ada penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 di negeri Johor akan ditangguhkan atau tidak berikutan kebimbangan COVID-19, hanya akan diketahui minggu hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan muktamad akan diketahui pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma yang akan dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada minggu hadapan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan negeri akan mengambil keputusan untuk menangguhkan SUKMA Johor yang dijadual berlangsung pada 11 hingga 19 Julai hadapan, bagi mencegah penularan COVID-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengenai penangguhan kesemua perhimpunan yang melibatkan orang ramai bagi mencegah jangkitan virus berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here