‘TARIK BALIK ORDINAN DARURAT SENYAP-SENYAP, TAKUT KALAH UNDI’- MOHAMAD SABU

Kuala Lumpur, Jul 26-

Mohamad Sabu (AMANAH-Kota Raja) ketika menyuarakan pendirian itu berkata, kerajaan sewajarnya mengemukakan usul dan dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat sekiranya ingin membatalkan atau menarik balik pelaksanaan darurat.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, langkah sedemikian tidak dilakukan kerana proses seperti itu memerlukan pengundian dalam kalangan Ahli Parlimen sebelum ia berupaya diluluskan.

“Hari ini, (Ordinan Darurat) ditarik senyap-senyap, sebab kalau diundi saya yakin, kerajaan akan kalah,” katanya pada Sidang Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamad yang juga bekas Menteri Pertahanan berkata darurat sebenarnya tidak perlu dilaksanakan kerana kerajaan mempunyai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Katanya, agensi berkenaan dilengkapi jentera dan organisasi yang berupaya membantu usaha mengawal penularan pandemik COVID-19.

“Tetapi sebaliknya kerajaan pilih untuk isytihar darurat, bukan sebab nak selamatkan rakyat, sebaliknya untuk kekal berada di tampuk kuasa.

“Sepatutnya tidak kira daripada pihak kerajaan atau pembangkang, dalam hal hadapi penyakit ini, kita kena bersatu dan bincang secara betul.

“Ini tidak, Malaysia semua nak jadi johan termasuk dalam hal COVID-19, jadilah johan dalam renang ke, badminton ke menerusi temasya sukan di Tokyo” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here