COVID-19: Pusat Sains Negara, Planetarium Negara ditutup

  1. KUALA LUMPUR: Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara ditutup sementara kepada orang ramai, mulai hari ini, susulan penularan wabak COVID-19.

Perkara itu diumumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, menerusi akaun Facebook rasmi beliau.

“Susulan penularan wabak COVID-19, Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara akan ditutup kepada orang awam, bermula hari ini, hingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here