Facebook kenakan had kongsi mesej melalui Messenger

DALAM usaha untuk mengekang penyebaran maklumat salah dan berbahaya Facebook akan mengenakan had perkongsian sesuatu berita.

Pengguna Messenger kini boleh berkongsi kandungan dengan hanya lima orang atau grup pada satu-satu masa, lapor akhbar metro.co.uk.

Pendekatan tersebut adalah sama dengan had perkongsian yang dikenakan oleh aplikasi Whatsapp.

Tindakan Facebook itu diambil kerana kebimbangan tentang penularan berleluasa maklumat salah berhubung wabak Covid-19, terutama dakwaan terbaharu kononnya syarikat-syarikat media besar gagal menyekat post berbahaya berhubung anti-vaksin walaupun menerima begitu banyak aduan.

Menurut Facebook lagi langkah untuk melaksanakan had itu adalah keputusan kritikal memandangkan pandemik Covid-19 terus merebak, selain bagi memastikan tidak berlaku manipulasi oleh parti-parti politik melalui media sosial menjelang pilihan raya presiden di Amerika Syarikat, New Zealand dan beberapa negara lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here