Sasar 20,000 transaksi tanpa tunai di pasar awam menjelang Disember

Kerajaan Negeri mensasarkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 20,000 transaksi jual beli di pasar awam menggunakan kaedah tanpa tunai e-pembayaran menjelang Disember 2020.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa ekoran kejayaan projek perintis berkenaan di Pasar Awam Taman Tun Sardon, Kerajaan Negeri telah menjemput 17 institusi perbankan serta pengeluar wang elektronik bukan bank untuk memigrasikan e-pembayaran di semua pasar awam seluruh Pulau Pinang.

Menurut beliau, 17 institusi tersebut adalah Maybank, CIMB Bank, Public Bank, Hong Leong Bank, Ambank, Touch n Go Digital, Grab, Boost, Shopee, Razer, WavPay, MCash, KiplePay, GoBiz, iPay88, GHL, Fave dan Paynet.

“Selain sasaran 20,000 transaksi pembayaran, kita (Kerajaan Negeri) juga menyasarkan 90 peratus jumlah keseluruhan 56 pasar awam dan 70 peratus daripada keseluruhan 5,000 peniaga akan menerima pakai penggunaan kaedah e-pembayaran ini.

“Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memperluaskan aktiviti ekonomi peniaga melalui platform berteknologi tinggi serta pembayaran tanpa tunai bagi mengurangkan jurang digital dalam kalangan rakyat Pulau Pinang.

“Justeru, bagi menggalakkan pembayaran tanpa tunai, institusi perbankan serta pengeluar wang elektronik bukan bank juga telah mengambil inisiatif menawarkan pelbagai insentif kepada para peniaga antaranya pengurangan kadar caj Merchant Discount Rate (MDR), pemberian ganjaran untuk peniaga e-pembayaran, pengecualian yuran pendaftaran, bayaran sewa, deposit, pemasangan dan yuran penyelenggaraan tahunan untuk terminal POS untuk tempoh tertentu dan pelbagai lagi katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here