Sentiasa berada di rumah kecuali penuhi keperluan asas.

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menasihatkan orang ramai supaya berada di rumah sepanjang masa sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini hingga 31 Mac ini kecuali untuk memenuhi keperluan asas.

MKN, dalam kenyataan, berkata orang ramai juga diingatkan agar mengamalkan penjarakkan sosial daripada orang sekeliling supaya dapat mengelakkan jangkitan COVID-19.

Susulan pengisytiharkan perintah tersebut oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin lalu, orang ramai diminta mematuhi semua peraturan yang diputuskan oleh pihak berkuasa, menurut kenyataan tersebut.

Menurut MKN, lanjutan daripada pengisytiharan itu, MKN dan Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama agensi kerajaan lain semalam bagi memperincikan pelaksanaannya agar perintah itu berjalan dengan baik dan lancar.

“Untuk memastikan keperluan orang ramai tidak terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, terdapat perkhidmatan tertentu iaitu  ‘penting’ dan ‘bukan penting’ dibenarkan beroperasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here