21 Mac 2020
Siaran Media
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mengambil maklum mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menetapkan tempoh tertentu bagi operasi perniagaan di seluruh negara.
Justeru Presma meminta kerajaan menyelaraskan waktu operasi perniagaan restoran di seluruh negara ketika Perintah Kawalan Pergerakan daripada jam 6 pagi hingga 12 malam.
Presma juga mengambil kira faktor kesihatan pelanggan dan risiko yang menanti jika terdedah kepada tempat terbuka yang dikhuatiri membawa kepada jangkita Covid-19.
Selain itu Presma juga prihatin kepada peniaga yang tentunya menggalami kerugian dalam tempoh PKP ini.Tapi kesejahteraan rakyat juga perlu diberikan keutamaan.
Presma berharap kerajaan akan mempertimbangkan cadangan ini dan berdoa supaya negara kembali pulih dari penularan wabak pandemik ini.
Datuk Jawahar Ali Taib Khan
Presiden Presma. 012-3433333