PUTRAJAYA: Perdana Menteri telah mengumumkan rakyat Malaysia di bawah usia 55 tahun dibenarkan mengeluarkan wang tunai RM500 sebulan daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama 12 bulan untuk mengurangkan beban kewangan mereka yang disebabkan oleh Covid-19.
Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM630 juta untuk membantu memerangi penyakit ini – RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan dan RM130 juta kepada kerajaan negeri.