Sumbangan Yayasan Jack Ma, Yayasan Alibaba untuk Menentang Covid-19 di Malaysia.

KUALA LUMPUR :Hari ini, bekalan perubatan yang disumbangkan oleh Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba tiba pada saat-saat genting perjuangan Malaysia menentang virus Covid-19. Penghantaran topeng muka, kit ujian, sut perlindungan badan dan muka telah tiba lewat malam semalam dan awal pagi ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

YBhg. Datuk Khairul Shahril Bin Idrus, Timbalan Pengarah Utama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerima sumbangan itu daripada Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia yang mewakili Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba. Kementerian Hal Ehwal Luar akan bekerjsama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengedarkan bekalan ini ke seluruh negara.

Bekalan ini adalah sebahagian daripada inisiatif sumbangan kepada negara-negara Asia Tenggara termasuklah Thailand, Indonesia dan Filipina yang diumumkan pada 19 Mac lalu. Empat negara ini akan menerima sejumlah 2 juta topeng muka, kit ujian untuk 150,000 orang, 20,000 sut perlindungan badan dan muka.

“Kami berharap sumbangan ini dapat membantu dalam usaha Malaysia membendung penyebaran Covid-19. Walaupun pengangkutan bekalan perubatan menjadi semakin mencabar pada setiap hari, kami menggunakan kelebihan hub eWTP (Electronic World Trade Platform) Malaysia untuk mengedarkannya secepat mungkin,” jelas James Song, Setiausaha Kanan pejabat eWTP (Electronic World Trade Platform).

Melalui keupayaan logistik antara sempadan hab eWTP di Malaysia – hab eWTP di luar negara yang pertama di dunia – bekalan perubatan dihantar dengan cepat walaupun terdapat kekangan pergerakan bekalan di seluruh dunia akibat wabak ini. Hab tersebut terus memainkan peranan penting dalam penghantaran dan pengedaran bekalan perubatan ke pelbagai daerah sejak penyebaran wabak.

Inisiatif eWTP adalah inisiatif tanpa keuntungan pertama yang dilancarkan oleh Jack Ma pada 2016 untuk membantu perdagangan elektronik antara sempadan yang lebih berintegrasi. Dilancarkan pada tahun 2017, hab e-pemenuhan berpusat berhampiran KLIA merupakan komponen penting untuk Zon Perdagangan Digital Bebas (DTFZ) yang diterajui oleh Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) bersama pelbagai kementerian dan agensi di Malaysia. Hab pemenuhan eletronik di KLIA juga berfungsi sebagai pusat pelepasan kastam, gudang dan pusat pemenuhan untuk rantau ini.

CEO MDEC, Surina Shukri menjelaskan, “Pada saat kritikal seperti ini, hab eWTP di Malaysia memainkan peranan penting dalam pengedaran bekalan bantuan Covid-19 yang telah didermakan melalui Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba. Penghantaran ini akan disalurkan melalui hab pemenuhan elektronik rantau ini di KLIA, yang merupakan hab eWTP Alibaba yang pertama di luar China dan ditubuhkan melalui inisiatif Zon Perdagangan Digital Bebas (DFTZ). Melalui kerjasama antara Alibaba dan rakan logistik di Malahsia, hab ini boleh melakukan logistik antara sempadan bagi memastikan penghantaran bekalan perubatan ke negara yang perlu menentang penyebaran wabak Covid-19.”

Sumbangan ini adalah antara inisiatif bantuan daripada Yayasan Alibaba dan Yayasan Jack Ma untuk membantu kawasan-kawasan terjejas akibat krisis Covid-19. Ini termasuklah mencari dan menghantar pelbagai jenis bekalan perubatan ke China, Asia Tenggara, Amerika Syarikat, Afrika, Itali, Belgium, Perancis, Slovenia, Sepanyol dan Amerika Latin. Yayasan ini turut membiayai penyelidikan dan pembangunan rawatan untuk Covid-19 di China dan juga di Peter Doherty Institute for Infection and Immunity (Australia) dan Columbia University (USA). Lebih banyak sumbangan dijangka akan diterima dalam beberapa hari dan minggu yang akan datang.

Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba telah menerbitkan dan mengedarkan buku panduan tentang amalan dan pembelajaran daripada First Affiliated Hospital, Zhejiang University School of Medicine, untuk merawat pesakit Covid-19: https://covid-19.alibabacloud.com/
Ikuti @JackMa dan @foundation_ma di Twitter untuk bantuan dan sokongan terkini daripada Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba untuk menyokong perjuangan membendung Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here